Thursday, April 23, 2009

jika aku jatuh cinta

ya ALLAH, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku kepada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-MU,
untuk mencintai-MU

ya ALLAH, ji
ka aku jatuh cinta
jagalah cintaku padanya
agar tidak melebihi cintaku pada-MU

ya ALLAH, jika aku jatuh cinta
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya bertaut pada-MU
agar tidak terjatuh aku dalam jurang semu

ya ALLAH, jika aku jatuh ci
nta
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling dari-MU

ya ALLAH, sesungguhnya aku bermohon
pada-MU untuk selalu mencintai-MU

life is wonderful...but sometime.............

Sunday, April 12, 2009

projek autocad....

setelah sebulan aku menyiapkan projek autocad aku, maka siapla plan umah aku...hehe...agak susah la...dh bape kali aku edit umah 2...maka jadila drawing 2....huhu....ni la hasilnya...aku bg la korang tgk ek....


...floor plan...


...location plan...


...beam plan....

ni sume hasil yang aku lukis...setelah sekian lame bertungkus lumus...penat au...hehe...aku 11 drawing sume...3 je yang aku wat...yang lain ahli group aku yang lain...untuk projek ni 20% sebagai carry mark...doakan dpt tinggi r...huhu....sementelah nk final ni, doakan kejayaan aku ek...same2 la kita doakan...salam....

Thursday, April 2, 2009

kerana sehelai bulu mata

Diceritakan di Hari pembalasan kelak, Ada seorang hamba Allah sedang
Diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit Dan bumi,sungguh tidak benar. Saya x pernah malakukan perkara itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "

Orang itu menoleh ke kiri Dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg Ada . Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? Disini tiada sesiapa melainkan aku Dan suaramu sahaja."


Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu. ...."

Tiba2 Mata berbicara, "Saya yg memandang,"

Disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"

Lidah menambah dengan beran I, "Saya yang menjilat Dan menghisap"

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba Dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan Dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus ASA Dan amat berduka kerana sebentar lagi IA akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal IA amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu Mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu Mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air Mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila Ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu Mata sahaja yg dibasahi dengan air Mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu Mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air Mata penyesalan."

Dengan kesaksian bulu Mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka Dan segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu Mata.."

PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL....... .....
WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN DAN KEINSAFAN BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT

pak cik....pak cik....

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala
biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh
saya tanya beberapa soalan tak?

Pakcik : Boleh aje...

Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap
hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"

Pemuda : Yang putih.

Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam
kilometer setiap hari.

Pemuda : Yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan
setiap hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo
rumput setiap hari.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan
setiap tahun?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam
kilo bulu setiap tahun.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg
putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?

Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu
pakcik yang punya.

Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa
punya?
.

Pakcik : Yang hitam pun sama...

masalah suami isteri

Ada sepasang suami isteri tak pernah sependapat dalam banyak hal. Si isteri selalu merungut kepada suaminya disebabkan suaminya tak pernah menyetujui apa juga cadangan yang dibuatnya.

Suatu hari si isteri berkata kepada suaminya..

Isteri: Abang tak pernah ikut kemahuan saya. Semua cadangan saya tak pernah abang setuju.

Suami: Tak semua.. ada juga yang saya setuju.

Isteri: Tidak. Selama kita berkahwin belum pernah lagi abang ikut kemahuan saya

Suami: Tentu ada.. cuma tak kena tempat...

Isteri: Cuba abang cakap apa kemahuan saya yang abang akan ikut.

Suami: Baiklah, katakan ada dua buah bilik untuk menumpang tidur, setiap satu bilik masing-masing ada seorang lelaki dan seorang wanita. Yang mana satu bilik yang awak akan tumpang tidur?

Isteri: Sudah tentulah saya masuk ke bilik yang ada wanita... Tak kan saya masuk bilik yang ada lelaki pulak..

Suami: Haa... saya pun akan masuk bilik yang ada wanita.... Kan saya setuju dengan awak..!!

Isteri: (Nada marah) Dasar lelaki.....!!! Kalau berani buatlah... aku cincang 8 anu' kau..

Suami: Aii.. bila aku setuju awak marah pulak...!!!

balas budi

Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah
bangunan.Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya
menyambutnya.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya...

Lelaki Inggeris : Sama2, tapi anda harus membalas budi...

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku... .

Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!

Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu...

Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu.
Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya...

Lelaki Perancis : Sama2, tapi anda harus membalas budi...

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Perancis : Tidur dengan aku...

Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!

Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu...

Lelaki erancis itu melepaskan semula wanita itu.

Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap
wanita itu. Wanitaitu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang
menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa

tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab
berjaya menyambut wanita itu.

Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu
berkata-kata...

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa,
saya akan tidur dengan anda.

Lelaki Arab : Astaghfirullah..
(lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut..)

bapak oh bapak

Seorang anak baru saja tamat pengajiannya di luar negara.Setelah pulang ke Malaysia,ayahnya cuba menguji kemampuan anaknya berbahasa inggeris.Dia pun mula bertanya kepada anaknya...
Ayah : Buku dlm bahasa Inggeris apa?
Anak : De Buk. (The book)
Ayah : Pen dlm bahasa Iggeris apa?
Anak : De Pen. (The pen)
Lantas ayah berfikir bahawa Bahasa Iggeris adalah senang.Setiap benda dlm Bahasa Melayu bila deterjemahkan ke Bahasa Inggeris mesti ada 'De' dan setiap perkataan berikutnya mestilah dipendekkan.Keesokan harinya,si ayah bertemu dengan seorang rakan sebaya di kedai kopi.
Ayah : Aku dah boleh ckp omputihlah.
Rakan : Iye ke? Cuba engkau cakap 'kambing makan rumput' dlm bahasa Inggeris.
Ayah : Senang jer...." Dekam demak derum ".
Rakan : #%$&!?

suspen jer...

Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat yang lalu. Namanya, Fasha. Kerana terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus dibuat dan disiapkan dalam minggu ini maka, Fasha harus bekerja sampai larut malam di ofis. Ketika ingin pulang Susi menahan teksi untuk mengantarnya pulang.

Fasha: "Kampung Sungai Ramal Dalam ya Pak cik"

Pak cik kereta sewa itu hanya menggangguk, didalam perjalanan ke Kampung Sungai Ramal Dalam tidak terjadi percakapan antara Fasha dan Pak cik kereta sewa, mungkin Fasha merasa kepenatan kerna bekerja sampai larut malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Fasha teringat bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar tambang kereta sewa. Fasha lalu menepuk bahu belakang Pak cik kereta sewa dengan maksud untuk memberitahu supaya berhenti di kedai minyak didepan untuk mengambil duit di ATM.

Tapi tiba2 setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Fasha, Pak cik kereta sewa itu secara membabi buta memusing stering kereta sewanya ke kanan kemudian ke kiri sambil berteriak bagai kan orang kena histeria, sampai akhirnya kereta sewa itu merempuh tembok penghadang jalan. Nasib baik Fasha dan Pak cik kereta sewa tidak mengalami luka parah.

Pak cik kereta sewa itu kemudian meminta maaf kepada Fasha.

Pakcik: "Maaf ya cik, cik tak apa-apa ya? Kenapa di tepuk bahu saya cik, terkejut setengah mati saya cik!!"
Fasha: "Laa, takkan ditepuk bahunya aja sudah terkejut!!"
Pakcik: "Sebab hari ini hari pertama saya jadi drebar kereta sewa, cik"
Fasha: "Habis tu sebelum ni apa pekerjaan pakcik?"
Pakcik: "Selama 20 tahun saya jadi Drebar Kereta Mayat..."

bapak mata duitan

Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil."Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang sini!"

Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kereta Ferrari merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah.

Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya. Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. Bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah rumah banglo dan wang tunai RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"

Sang ayah berfikir. Siibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah berkata, "Kalau camtu hang cuba le lagi."

lembu vs anjing

LEMBU: Hai anjing,apa habaq? Macam ada yg
tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit
manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa?

ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki
dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki
terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi
anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat
bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia
tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh
dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak
samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan
mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat
kenajisannya daripada memegang ko anjing,
malah tak boleh suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la...
manusia kena ubah pepatah "Pandai macam
LEMBU"

sam dan dol

Perbincangan Antara 2 Genius!
Mengisahkan 2 sahabat.. sorg SAM sorg DOL

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh
bawa maut?

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah
minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

===================================

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6
ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

===================================

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas?
Mana kau tau dia mati lemas?

DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati
dalam air!

===================================

SAM: Semalam aku nampak hantu!

DOL: Uih! kau terkejut tak?

SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.

DOL: Mana kau tahu?

SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

===================================

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?

DOL: Gula dah habis!

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah

===================================

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light
dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.

DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik,
api rumah aku dah kena potong!

===================================

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada
aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau
orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

===================================

SAM:Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!

DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak
berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

===================================

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang
merompak kedai kita.

DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang
signboard "SILA DATANG LAGI"

teknik yang baik

Dalam sebuah lif yang penuh sesak, Ita geram melihat suaminya Saadon yang nampak riang kerana dihimpit oleh seorang wanita cantik Dan seksi. Ketika lif sampai dibawah Dan pintu terbuka, wanita seksi itu tiba-tiba menampar Saadon. Sambil berjalan keluar dia berkata, "Jantan tak tahu malu, berani kau raba punggung aku. Rasakan!" Saadon tercenggang melihat keadaan itu segera berkata kepada isterinya.

Saadon :Sumpah yang.... Abang tak raba pun punggung perempuan TU, percayalah...
Ita :Ya, saya percaya.
Saadon :Terima kasih kerana percayakan abang. Tak pasal-pasal abang dapat penampar free. Tapi macamana sayang percaya abang tak lakukan?
Ita : Sebab saya yang raba punggung wanita TU!...

renungan

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.
>>>>>>>>>>>>>>> '' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH,KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''.KATA BARBER.''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!''.KATA BARBER.''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''

sakit jantung

Johan pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian.

"Kenapa ni sayang?" tanya Johan. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya. Johan berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata,

"Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar."

Johan mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Mazlan jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian.Johan menarik Mazlan keluar dan berkata,

"Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?"

tukang sapu

Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di MSC Cyberjaya. Pegawai di situ telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.. Lalu dia mengatakan ¿Anda diterima bekerja, berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan.¿ Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email.. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja.

Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki RM10. lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur. Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja. Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di sekitar Kuala Lumpur.

Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya¿ Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya¿. Setelah bersetuju¿ Penjual insuran berkata.. ¿Minta email Puan¿¿ ¿Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email¿ jawab wanita itu.

Penjual Insuran terkejut dan berkata ¿Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email.¿ Wanita itu menjawab: ¿Jadi tukang Sapu di MSC Cyberjaya¿

nenek

"Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu.

Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu. Polis meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur. Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu jalan bongkok-bongkok dan setelah melihat cucunya berbaris dia bertanya: "Kenapa kamu berbaris di sini?"

Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan mengatakan ada dermawan akan membahagi-bahagikan buah orange dan sebab itulah beliau berbaris. Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan cucu-cucunya yang lain yang mungkin mengharapkan beliau membawa pulang buah-buahan. Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya. Dia berbaris di belakang.

Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu. Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir, dia terkejut kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat. Dia tercengang lalu tertanya: "Kamu tua, bagaimana kamu lakukannya?"

Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan orange itu menjawab: "Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering."

cikgu 18sx

Di sebuah sekolah, suatuketika seorang guru bertanya pada salah satu muridnya:


Guru : "Hei Udin tolong jawab pertanyaancikgu yaach... ,Kalo ada 5 ekor burung di jendela, kemudian ditembak satu, berapa yang masih tertinggal "

Udin : "Habis cikgu, kan lainnya terbang"

Guru : "Salah, harusnya dijawab masih tinggal 4 ekor, tapi saya senang cara kamu berpikir... .."

Di saat yang lain Udin balik bertanya pada Gurunya.

Udin : "cikgu tolong jawab pertanyaan saya... Kalo ada tiga orang perempuan, masing-masing membawa es krim,wanita pertama makan es krim dengan menggenggam contongnya, yang kedua dengan menjilati es krim tersebut, yang ketiga langsung mengulumnya, Manakah diantarawanita itu yang sudah menikah ?"

Guru : "Haaahhhh ... ..pasti yang makannya dengan mengulum langsung yaaaa"

Udin : "Salah... ..harusnya dijawab yang sudah pakai cincin kawin, tapi saya senang lihat cara berfikir cikgu"

kapal terbang

Pada sebuah penerbangan dari Kuala Kumpur ke Australia.

"Ini Kapten Kamal berbicara".

"Atas nama seluruh anak kapal kami mengucapkan selamat datang dan
selamat menikmati perjalanan anda bersama Hebat Airlines nombor
penerbangan MH101 dari Kuala Lumpur menuju Australia".

"Saat ini kita berada pada ketinggian 35000 kaki ke arah timur".

"Jika anda melihat ke luar jendela pada sisi sayap,
maka anda akan
melihat bahwa kedua mesin sedang terbakar"

"Jika anda melihat ke luar jendela arah ke belakang, maka anda melihat
bahagian ekor sudah mulai tercabut"

"Jika anda melihat ke bawah ke laut, anda akan melihat perahu darurat
kecil berwarna kuning dengan tiga orang melambaikan tangan kepada anda"

"Mereka adalah saya iaitu kapten anda, beserta co-pilot dan seorang
pramugari. Anda sedang mendengarkan rakaman pesan saya"

asal usul pahang

Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

¿Hamba cadangkan nama Karma Sari.¿
¿Hamba pula cadangkan Margapura.¿
¿Karma Sari lebih molek.¿
¿Molek lagi Margapura.¿
¿Pilihlah Karma Sari!¿
¿Margapura!¿
¿Karma Sari!¿
¿Margapura!¿
¿Karma Sari molek!¿
¿Molek lagi Margapura!¿
¿Tengkorak hang!¿
¿Opah hang!¿
¿Opah hang!¿

¿Sudah! Sudah!¿ Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,¿Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi¿ haaa? Opahang! Ya¿ opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.¿ Demikianlah kisahnya.

pengantin baru

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, ¿Adoi.. Sakitnya bang¿ ! Macam mana ni bang..?¿

Suaminya lantas menenangkan isterinya, ¿Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..¿ Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: ¿Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.¿
Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: ¿Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!¿

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: ¿Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?¿.

kisah harimau

Pada masa yang lampau dan dahulu, maka terdapat la di suatu kampung yang aman lagi bersih. Kampung ini terletak di KELANTAN. Pada masa itu, haji Amran Arsyad menjadi seorang ketua kampung yang adil lagi saksama. Mahu dijadikan cerita, kampung ini diserang harimau belang. Harimau ini telah membaham ramai manusia. Tak cukup manusia haiwan ternakan juga ia makan. Ketua kampung menjadi semakin resah dan takut. Dengan satu suara terus memanggil semua orang kampung. Maka datanglah semua penduduk kampung itu. Tok ketua telah memilih 3 orang wira kampung yang sudahpun berkahwin.

Tok ketua : Asan, Taib, Nodin, male(malam) ni mu buat la gapo2(apa2) sebab ore(orang) kapung(kampung) stuju doh mu ore di jadikan hero besok. Esok mu ore bawok la gapo2 dehh..

Asan, Taib, Nodin : bereh bohhh!!!

Pada malam itu, Asan dan Taib telah memesan isteri mereka supaya memasak lauk pauk yang sedap2 dek kerana esok nya dah nak kena tangkap rimau. Pada keesokan hari nya mereka bertiga berkumpul di rumah tok ketua.

Tok ketua: Hoh.. mari dowh awok2 ni blako. hoh mu asan, gapo dio mu bawok tuh?

Asan : golok tok!!!! pada masa yang sama sang belang turut berada di semak berhampiran dan terdengar perbualan mereka itu.

Harimau(dalam hati) : Golok?? ahhh.. stakat golok tu, dop(tidak) takut la aku.

Tok ketua : hoh mu taib, gapo pulok mu bawok tu?

Taib : Kawe bawo bedil(senapang). kalu kawe napok(nampak) dio kawe hente(hentam) dio tok.

Harimau : Bedil?? xdan kau bedil kau aku baham.

Tok ketua: bagus2. hoh mu nodin, mu ni blenggang je mu bawok gapo???

Nodin: kawe x bawak gapo2 tok. kawe bawok batang pelir je tok.

Harimau : Hoh???? Batang Pelir??? apo dio plok(pulak) mnate senjato tuh?? hoh.. ini nok keno tanyo ni.. Lalu harimau pun lintang pukang lalu berada lah dio di perkarangan rumah Nodin. Kebetulan isteri Nodin tengah menyidai baju di ampaian, lalu terus harimau menerkam. terkejut isteri lalu menjerit.....

Isteri Nodin: tulunnnnnnnnnnnnnn!!!!....

Harimau : Ehhh kak, jgn jerit kak... kawe nok(nak) tanyo satu benda je. kak jangan takut. kawe dop make kakok.

Isteri Nodin: Gapo dia dik rimau....??

Harimau : Kak, Gapo dio batang pelir tuh kak??

Isteri Nodin: Huh Biso. kalu mu keno, mu histeria kesakitan, kekejangan. kalu dia doh tembok(tembak) silap hari bulan perut mu busung 9 bulan. antara mati hidup je mu. comform.. Harimau bila dengar jer isteri nodin cakap macam tu terus dia gabra dan lintang pukang la harimau ini mencabutkan dirinya ntah kemana. HABIS....

erm

Ini kisah angkasawan yg sedang dalam misinya ke Mars. Setelah mendarat dia bertemu dengan wanita Mars yg cantik jelita sedang mengacau periuk ¿

Angkasawan : ¿Kamu sedang buat apa?¿

Wanita Mars : ¿Membuat bayi¿

Angkasawan : ¿Oh kalau di bumi cara membuat bayi bukan begitu¿¿

Wanita Mars : ¿Lalu, caranya bagaimana?¿

Angkasawan : ¿Susah menjelaskannya, tapi sangat mudah mempraktikkannya¿

Wanita Mars itu setuju mempraktikkannya.

Setelah si angkasawan selesai melakukannya, wanita Mars itu bertanya¿

Wanita Mars : ¿Aik, mana bayinya?¿

Angkasawan : ¿Bayi itu akan jadi 9 bulan lagi¿¿

Wanita : ¿Lalu kenapa kamu berhenti mengacau?¿

baju cinta

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin pada petang jumaat. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benangpun dibadannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

¿saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja!¿.
¿tapi kau telanjang !!!???¿ marah si nenek .
¿ini BAJU CINTA saya¿ balas si cucu perempuannya
¿BAJU CINTA ??¿ si nenek kehairanan
¿ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek¿ pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami di petang jumaat ini. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. sesampai di rumah, si nenek tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi,berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang.

Berberapa ketika si atok tadi pulang, sebaik saja pintu di buka si atok mendapati si nenek berbogell kat depan pintu.

¿kenapa dengan kau nie ¿ buang tebiat???¿ marah si atok tadi.
¿ini lah BAJU CINTA bang¿ kata si nenek tadi.
¿BAJU CINTA???¿¿kalau iye pun, iron la dulu baju tu¿

orang gila

Al-kisah¿..adalah satu kampung ni..nama kampung ni kampung pinang 18 batang. Kat kampung ni orang ramai idup aman dan bahagia. Dalam kampung yang aman ni..adala sorang laki ni. Nama dia Ali (nama sebenar). Ali ni orang gila kat kampung ni. So..ramai la yang pandang slag kat dia. Ramai la yang suka memainkan dia.. nak dijadikan cerita¿

Pada suatu hari..si Ali ni gi la masjid nak semayang jumaat¿ey..ni educated nyer orang gila tau..semayang tak tinggal. Contohilah dia ni. Sedangkan orang gila pun semayang¿korang yang siuman ni pun semayang la gak ek.. ok¿.sambung citer. Lepas si Ali ni semayang jumaat, dia nak balik la kan . So..masa dia nak balik tu tetiba dia tengok selipar jepun kesayangannye dah takdek. Aper lagi¿mengamukla dia¿

Tanpa segan silu dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata: ¿kepada sesiapa yang mencuri selipar aku, baik ko pulang cepat!!!!!!!¿¿ Semua orang menjadi takut..ye la..orang gila kan ..memacam dia buleh buat. Buatnya dia tetak anak bini orang¿..kang..ha..naya.. Diulang sekali lagi¿¿kepada sesiapa yang curik selipar kesayangan aku tu..baik ko pulang cepat. Kalau tak aku akan buat seperti mana ayah aku buat!!!¿ lalu orang yang curik tu pun pulang la balik. ¿lek la bang.. gurau jek¿¿.

Tapi Ali memandang nyer dgn muka yang serius..muka macam nak makan orang gitu¿

Haa¿lalu budak yang curi selipar dia tu pun blah tanpa memandang ke arah Ali.. takut la tue¿ lalu tok imam pun menegur Ali dan bertanya ¿kalau dia tak pulang apa yang akan kamu lakukan..?? apa yang ayah kamu lakukan..??¿ dengan suara dan wajah yang slamber¿.Ali pun berkata ¿saya balik kaki ayam la tok¿.¿

check emeil address be4 u click send

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

kelakar

Baju bercorak sama

Ramli baru pulang dari pejabatnya ketika isterinya Shima meminta maaf kepadanya..

Shima : Abang.. maaf ya, saya baru saja selesai sterika baju abang tetapi kerana terlalu panas.. lengannya hangus...

Ramli : Tak apalah... Shima masih ingatkan dalam almari, abang masih ada baju yang sama coraknya. Abang belum pernah memakainya kerana itu pemberian dari teman baik abang dari Australia dan abang sangat menyukainya.

Shima : Saya ingat bang.. nasib baik abang masih menyimpannya dan baju itulah yang saya gunting untuk menampal lengan baju yang hangus itu.

Mimpi Seorang Isteri

Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari Valentine ini. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”.

“Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab suaminya sambil membisik manja. Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

Dengan hati berdebar-debar penuh rasa seksaited (sexually excited) si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: “Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya“...

3 Anak Pengusaha Minyak

Suatu hari 3 kanak-kanak berkumpul, mereka adalah anak kepada jutawan minyak yang kaya. Mereka bangga dan sombong dengan kehebatan bapa mereka.

Budak 1 : "Wooi, korang tau tak bapak aku adalah raja minyak tanah!! Sekali gali tanah keluar minyaknya."

Budak 2 : "Alah! baru macam tu dah bising. Bapak aku adalah raja minyak kayu!! sekali tebang kayu keluar minyaknya."

Budak 3 : "Hah!! macam tu pun nak sombong sangat ke... korang belum tau, bapak aku adalah raja minyak angin..!! Sekali buang angin keluar minyaknya."

Budak 1 Budak 2 : "??????"

Bilik No.27

Seorang lelaki menelefon sebuah rumah sakit jiwa dan menanyakan kepada penyambut tetamu apakah bilik no. 27 ada pesakitnya.

Penyambut tetamu tersebut lalu memeriksa bilik tersebut, dan segera kembali menyambung panggilan telefon dan memberitahu lelaki tersebut bahawa bilik no. 27 itu kosong.

"Bagus sekali!" kata lelaki tersebut.
"Ini bererti aku sudah betul-betul berhasil melarikan diri!"

pontianak, drakula, toyol

pontianak,drakula dan toyol da x tertahan lg nk pegi kat restoran tomyam pak usup..

pontianak: weh.. aku dgr restoran tomyam yg baru bukak tu kn.. ummphh!!!!
drakula: ye la.. aku pun terliur.. aku rasa da x nk isap darah lg.. aku nk tomyam lak..
toyol:cakap pun x guna la cik pon.. kte tetap x ley gi sana..
pontianak: aku ade idea laa.. kte kn bley tuka rupe.. smlm aku try da de rupe angelina jolie ckit..
drakula: geliga gak otak ko.. ms aku idop rupe aku mmg cam tom cruise..
toyol: prasan” tp.. aku mane boley.. erm.. cik pon tulun balutkn sy eh..
pontianak: okie.. nk ajak si pocong x?
drakula: xyh la.. yg dier tau lompat2.. x lompat lari bogel.. tu jela..
pontianak: tol gak.. okie.. lepas maghrib kte tros tolak..

lepas maghrib.. kat restoran tomyam pak usup.. tom krus(drakula) dtg ngan angelina jolie(pontianak) sambil mendukung bayi(toyol).

pelanggan: wah.. artis datang restoran ni r..
angelina: order please. erm.. i nk tomyam yg plg sedap kat cni..
waiter: okie..(tau ckp mlayu rpenyer)..

50 saat kemudian.

waiter:siap cik..
tom: wah.. cam sedap neh.. biar aku mencekik dlu..

sorg pelanggan nmpk sesuatu…

pelanggan: wah!!! tom cruise ade taring panjang!!!

suasana senyap sunyi… drakula pun panic.. dengan spontannyer dier patahkan kedua2 taringnyer..

tom: ii.. ini..cu..cuma.. taring palsu.. sy baru balik dari penggambaran cite jaws tu.. sy r yg jd jaws tu..
pelanggan: (jaws ade taring???!!!).. oooOOoOOoo..

keadaan kembali sedia kala..

angelina: tu r ko.. mkn x reti nk cover.. biar aku lak mkn..

pontianak habiskn satu mangkok besa tomyam skali hirup.. akibat x tahan pedas.. air mata pontianak kuar..
air mata darah!! sorg pelanggan nmpk…

pelanggan: wah!! angelina kuar air mata darah!!!

sume pelanggan tkezut.. suasana jd riuh.. pontianak pun mule menggelabah..

angelina: sa..saya.. rindukan mak sy!! da lame x jumpe dia di england..
pelanggan:ooOOoo..(tp nape air mata darah???!!)..

keadaan jd tenang semula.. toyol yg da x tahan kelaparan trus melompat atas meja utk mencekik tomyam..
sorg lg pelanggan nmpk..

pelanggan:wahh!! anak dier kaler ijau!!

sume menjadi panic.. ade separuh yg bangun utk melarikan diri..

angelina: er..anak sy ni baru je balik penggambaran cite incredible hulk ni.. kami juz nk wat surprise kat cni..
pelanggan:oooOOoo.. hebat la lakonan kamu.. kami sume panic td.. haha..

keadaan jd ok balik.. tanpa disedari oleh para hantu-hantuoo, azan isyak pun berkumandang..

pontianak, drakula & toyol: warRRrrgGGghhHH!!!!!!!!!!!!(terbakar).

semua pelanggan berdiri sambil bertepuk tgn dan bersorak sbb ingatkn tu lakonan dari mreka lg..

hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.